Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umatIslam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasiyang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklahlemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri..
CONTOH-CONTOH PERSIAPAN AIDILFITRI:
~CONTOH-CONTOH JUADAH HARI RAYA AIDILFITRI:~
~ CONTOH-CONTOH PAKAIAN PADA AIDILFITRI~
(PAKAIAN BAGI KAUM LELAKI..)
(PAKAIAN KAUM WANITA)
-Selain itu juga masa HARI RAYA AIDILFITRI jugalah masa untuk
memohon Maaf dengan kesalahan kita terhadap ibu bapa
-Dan juga selepas selesai Solat Sunat AidilFitri umat islam
pergi melawat kubur dan bersihkan kawasan kubur...
SEKIAN SAHAJA DARI PADA SAYA..
ASSALAMUALAIKUM...PEACE YO ^_^