Monday, 19 November 2012

SELAMAT DATANG KE PULAU REDANG

Taman Laut Pulau Redang merupakan taman laut yang agak popular kerana lokasi dan kemudahan yang ada di sini.Salah satu taman laut yang sering dikunjungi oleh para pelancong adalah yang terletak di sebuah pulau kecil bernama Pulau Pinang bersebelahan Pulau Redang.Dahulunya ianya merupakan salah satu tapak perkampungan penduduk Pulau Redang di mana anda akan melihat kubur-kubur lama peninggalan penduduk dahulu.Di uruskan oleh Jabatan Laut dan dengan bayarang sebanyak RM 5.00 anda dapat menikmati suasana Snorkeling yang hebat di sini.Ribuan ikan pelbagai jenis dan warna menanti anda mereka sunguh jinak terutamanya jika anda menghulurkan cebisan roti kepada mereka.Terdapat pelbagai kemudahan di sini seperti tandas,bilik persalinan,kedai jualan makanan dan minuman,pusat pameran,jeti dan sebagainya..
Disamping itu juga anda boleh melihat pelbagai batu karang menghiasi  dasar taman laut ini.Bagi mereka yang bercuti di Pulau Redang aktiviti Snorkeling di taman laut ini adalah satu kewajipan di dalam setiap pakej yang di sediakan oleh kebanyakan operator chelet dan resort di sini.Jangan lupa untuk membawa kamera untuk merakam suasana di taman laut ini terutama ketika anda bersama ikan-ikan kemera pakai buang `underwater` yang berharga sekitar RM 40.00-RM 60.00 adalah satu kpilihan bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan merakam di dalam air,Ada juga sesetengah operator resort yang menyediakan perkhidmatan  merakam gambar ketika anda melakukan aktiviti Snorkeling dan gambar anda akan di print dan dijual kepada anda sebelum anda pulang..
Sebarang aktiviti mengutip cengkerang dan organisma laut (sama ada yang hidup mahupun yang sudah mati) adalah di larang di kawasan taman laut dan anda akan di denda jika melakukan kesalahan terbabit...

No comments:

Post a Comment